Bab 6
“
Lynn, jangan
lupa. Satu
jam lagi abang
aku sampai. Dia
tunggu
kita
di
pintu
pejabat. Kau jangan lari okey.”Pesan Salma melalui telefon.
“Urm.., okey. Tapi Salma aku nak tanya.Kau ada cerita apa-apa pasal aku pada abang kau tak?”
“Kenapa kalau aku cerita? Dan kenapa kalau aku tak cerita? Okeylah Lynn, nanti kita sambung ya. Aku ada banyak kerja nak buat,”ucap Salma kemudian
mematikan talian.
Macamana ni. Aku buntu. Salma tidak mahu menjawab pertanyaanku. Kertas kerja di atas meja ku pandang sepi. Mood untuk menyambung tugasan terbantut.
Seperti dijanjikan, Isam abang Salma sudah menanti kami dimuka pintu. Salma
melangkah pantas ke hadapan. Aku pula melangkah longlai. dari jauh aku melihat Isam
tersenyum.
“
Lynn cepatlah. Jangan terhegeh-hegeh.”
“Sabarlah, bukan aku lari ke mana pun,”
“Cantik baju awak. Tentu mahal,” ucap Isam sambil tersenyum. Aku sendiri tidak
tahu sama ada itu adalah sindiran atau pujian iklas. Namun aku mengucapkan terima
kasih.
“Jom, kereta saya
ada
di
sana,” ucap Isam sambil
menunjukkan arah
keretanya.
Wow!! BMW banyaknya duit dia. Urm.., kalau difikir balik tiada apa yang mustahil.
Mereka anak orang berada. Salma sendiri memakai kereta import.
“Salma!! Kau nak ke mana?”
“Tak apa, kau naik kereta abang aku. Aku ikut dari belakang okey.”
“Tapi??”
“Jangan risau, saya tak makan orang. Jom..,”
Aku hanya tersenyum pahit. Kakiku melangkah dalam terpaksa. Di dalam hati, aku
sudah menyumpah seranah. Salma tidak patut tinggalkan aku bersama abangnya.
‘Minah ni memang nak kena tau.’
“Jemputlah naik, maaf kereta kotor sikit. Maklumlah kereta orang bujang bersepah
sikit.”
Aku memandang sekeliling. Tiada apa yang kotor. Malah aku berasa kagum.
Keretanya sangat bersih. mungkin dia malu dan merendah diri.
“Kita ke Jusco boleh?”
Aku cuma mengangguk.
“Awak
selalu ke
sana dengan
Salma ke?” ucap
Isam setelah lama menyepi.
“Tak
adalah selalu. Kami
jarang-jarang ke
sana,” aku
mula
berbohong.
Kenapa dia bertanya seperti itu? Salma ada menceritakan apa-apa ke? Ish..,Salma.
Kenapa tak beri warning? Kalau sampai aku salah cakap. Tak pasal-pasal, aku di cap
penipu.
“Okey, kita dah sampai.”
Sewaktu turun dari kereta. Aku mencari bayang Salma. Namun hampa. Entah ke mana
dia pergi. Aku pun tak tahu.
“Cari Salma ke?Dia ada, mungkin cari parker.”
“Mungkin kot.”
“Kenapa awak cakap macam tu?”
“Tak ada apa,” aku berkata sambil menjungkit bahu.
“Adik, abang kat sini.”Jerit Isam sambil melambaikan tangannya kepada Salma.
Salma berlari kea rah kami sebaik mendengar jeritan abangnya.
“Sorry parkir tak ada. Nasib baik dapat. Tapi jauh sikit dari sini,”ucap Salma dalam
keadaan mengah.
“Jom abang, kita
pergi butik G2000. Biasa kalau
baju
ke pejabat
Lynn selalu
beli
disana.
Isam memandang aku sekilas.
“Betul ke Salma?”
“Ya betul, kenapa tak percaya?Kalau abang tak percaya, tanya tuan punya badan.”
“Betul, saya biasa beli disana.”
“Baguslah. Pasti baju yang saya rosak itu awak beli disana.”
“Urm.., tak lah. Baju tempohari saya tak beli di situ.”
“Habis tu dimana?”
“Butik ELLE,” jawabku ringkas,
“Okey, jom kita
ke
sana,” ucap
Isam sambil berjalan
menuju
muka
pintu
kompleks.
Kami bertiga berjalan menuju butik pakaian yang dimaksudkan. Sambil berjalan,
mataku melilau melihat pelbagai butik pakaian mewah. Semua pakaian mempunyai
diskaun. Kalau aku beli, Isam akan ingat aku wanita boros pula. Tapi hatiku tak
tahan ingin memilikinya.
‘Kenapa mesti hari ini?Tak apa, hari ini aku puasa. Esok, aku mesti datang ke sini.
Aku harus memiliki baju itu.’ Tutur ku sendiri.
“Kita dah sampai. Jom, masuk.” Ucap Isam lembut.
“Jomlah,” ajak Salma pula.
Aku masih tidak berganjak. Otakku melayang buat seketika.
“
Lynn, masuklah. Kenapa
tercegat
di
situ,” tutur
Isam lembut. Dahinya
sudah
berkerut seribu. Mungkin hairan dengan reaksiku.
“Entah kau
ni, masuklah
cari baju
tu. Biasa
kau
kan ratu shopping,” ucap Salma
geram sambil menarik tangan ku.
Marah benar aku pada Salma. Mentang-mentang abang dia ada. Semua pakaian
cantik dan mahal ditunjukkan. Isam abangnya hanya memerhati gelagat kami berdua.
“Eh minah, kau ni agak-agaklah. Depan abang kau, janganlah buat macam tu. Nanti
dia fikir apa pula. Aku pun tak mahulah saham aku jatuh.”
“
Kan kau
memang
begitu. Suka
baju yang
cantik-cantik. Aku
rasa
cantik aku
tunjuklah
pada
kau.
Ala nak
control
shoppinglah
tu?Jangan nak
marah
okey, lagipun
abang aku tu tak macam tu. Dia tu baik dan tak mudah bersangka buruk.”
“Kau saja yang betul. Malas aku nak layan. Dahlah tinggalkan aku dengan abang
kau tadi.”
“Okey apa? Aku bagi peluang. Dia bukan makan orang pun.”
“Sedapnya dia bercakap. Sejak bila kau buka agensi cari jodoh ni?” Aku berkata
sambil mencari baju yang di inginkan.
“Aku suka
kalau
kau
jadi
kaka
ipar
aku. Tapi
kau
janganlah bankrupt
kan abang
aku.”
“Abang kau pun tak mahu pada akulah.”
“Siapa
cakap? Belum
cuba belum tahu.”
“Salma, aku dah dapat dah bajunya.”
“Dah dapat ke bajunya?” Tanya Isam lembut.
“ Dah, ini bajunya,” ucapku lembut sambil menghulurkan baju itu padanya.
Setelah membayar harga pakaian, kami bertiga menjamu selera direstoran
berhampiran. Isam mengambil tempat berhadapan denganku. Salma pula mengambil
tempat disisi. Aku duduk makan dalam keadaan tidak selesa. Mana tidak, mata Isam
tertumpu padaku setiap kali aku menyuap makanan.Aku malu, wajahku sudah
berbahang. Panas, aku tidak suka jika ada mata memandang tika aku sedang makan.
Aku menguis kaki Salma namun tiada respon. Mahu atau tidak aku terpaksa
mendiamkan diri.
“
Lynn, awak
nampak
comel apabila sedang
makan.”Ucap Isam
sambil
meletakkan
sudu
dan
garfu.
Aku pula sedang menyedut minuman, kamu tahu?Mahu tersembur keluar minuman ku
apabila dia berkata begitu. Mata Salma sudah tertumpu padaku.
Ya ALLAH, apa sajalah mamat ni. Comel!!
“What??? Abang kata dia comel bila sedang makan??Abang ni dah tak betul ya?”
Ucap Salma spontan sambil tergelak besar.
“Betul lah adik,”
“
Lynn, kau
pandang aku, dan
makan.
Aku nak
tengok
tang
mana
yang
dia kata
comel tu?”
Aku
hanya
membuntangkan
biji
mataku. Mereka
ni
memang
dah
betul
kot.
Ada ke
comel. Pelik sungguh.
“Kau gila ya, Salma?”
“Aku tak gila. Abang aku yang gila kot,” ucap Salma sambil memandang abangnya.
“Maaf, kalau awak rasa tak selesa. Tapi awak memang comel. Tak apa, awak abaikan
saja ya. Jangan simpan dalam hati.”
Huh..,apa-apa sajalah abang Salma ni. Pening kepala. Sekarang aku dah ada dua
helai
pakaian
yang
sama. ‘Urm..
Lynn fikir
nak
buat
apa
dengan baju
tu.’
Satu jam kemudian kami bertiga keluar dari restoran untuk pulang. Kali ini Salma yang menghantarku pulang. Isam pula tidak dapat menghantarku kerana mendapat panggilan penting dari seseorang. Aku pula memang ingin pulang bersama Salma, maklum rasa tidak selesa dengan perkara tadi masih melekat kukuh di dalam hati. Namun sebelum berpisah aku sempat mengucapkan terima kasih padanya. Isam? Isam hanya tersenyum dan tertawa kecil. Katanya tak perlu beri ucapan itu, Kerana itu adalah kesilapannya.
“Seronok tak?”Tanya Salma ringkas.
“Bolehlah, tapi hati aku sakit dan bengkak.”
“Sakit dan bengkak? Abang aku gurau aja tu. Janganlah simpan dalam hati.”
“Bukan pasal abang kau.”
“Habis tu? Pasal apa? Ish.., tak faham aku.”
“Sebab aku
tak
boleh
baju, kasut
dan
beg
baru
yang
ada
di
dalam
sana.
Ada
faham??”
“Kau ni tak sudah-sudah shopping. Apa yang best sangat? Mahal atau murah semua sama. Kau mati ya kalau tak pergi shopping?”
“Ya aku akan mati dan gila kalau tak pergi Shopping. Kau apa tahu? Fabrik yang
digunakan tu berkualiti. Tak sama.”
“Aku pun pakai juga barang mahal. Tapi tak adalah sampai tabsub, nak shopping aja. Selagi boleh pakai, aku pakai.”
“Kau
tak boleh
sama
kan aku
dengan
kau.”
“Suka hati kau lah. Duit kau bukan duit aku.”
“Pandai pun. Sayang kau. Okey terima kasih sebab hantar aku pulang. Hati-hati ya.”
Ucapku sambil menutup pintu kereta.
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam..”jawab Mahani sambil membuka pintu.
“Sorry, aku lupa bawa kunci rumah.”
“Kau memang begitu,” Ucap mahani sambil berlari ke dapur.
“Kau masak apa tu?”
“Aku masak mi segera aja. Kau nak?Aku boleh masakan sekali.”
“Tak apa, aku dah makan tadi dengan Salma.”
“Apa yang kau beli?” Tanya Salma apabila ternampak beg kertas ditangan.
“Tak beli. Abang Salma yang beli.”
“ Ish, kau ni tak malu betul. Minta orang belikan.”
“Bukan aku minta dia belikan lah. Baju aku rosak terkena tumpahan gulai tempohari. So, dia janji nak ganti. Sekarang dia dah ganti.”
Mahani hanya mengangguk dan mematikan dapur gas.
“
Lynn, dah
pergi
masuk. Mandi, badan pun
dah
bau kambing,” ucap Mahani
sambil
tergelak.
“Bau, kambing tak adalah, Bohong namanya. Okey, aku masuk mandi dulu ya mak cik.” Ucapku sambil berlalu.