Tuesday 4 October 2011

Opps!! Belanja Lagi??- BAB 6

Bab 6


Lynn, jangan  lupa. Satu  jam lagi abang  aku sampai. Dia  tunggu  kita  di  pintu 

pejabat. Kau  jangan  lari  okey.”Pesan Salma melalui telefon.

“Urm.., okey. Tapi Salma aku  nak  tanya.Kau ada  cerita apa-apa pasal aku pada  abang  kau  tak?”

“Kenapa  kalau  aku cerita? Dan kenapa  kalau  aku  tak  cerita? Okeylah  Lynn, nanti  kita  sambung  ya. Aku   ada  banyak  kerja  nak  buat,”ucap  Salma  kemudian 

mematikan  talian.

Macamana ni. Aku  buntu. Salma  tidak  mahu menjawab pertanyaanku. Kertas  kerja di atas  meja  ku  pandang  sepi. Mood untuk  menyambung tugasan  terbantut.

Seperti dijanjikan, Isam  abang  Salma sudah menanti  kami dimuka pintu. Salma 
melangkah  pantas  ke hadapan. Aku  pula melangkah longlai. dari  jauh aku melihat Isam 
tersenyum.

Lynn cepatlah. Jangan terhegeh-hegeh.”


“Sabarlah, bukan aku  lari  ke mana  pun,”

“Cantik  baju  awak. Tentu  mahal,” ucap  Isam sambil  tersenyum. Aku  sendiri tidak 

tahu sama ada itu  adalah sindiran atau  pujian  iklas. Namun aku  mengucapkan  terima 
kasih.

“Jom, kereta saya  ada  di sana,” ucap Isam sambil  menunjukkan arah  keretanya.

Wow!! BMW banyaknya  duit dia. Urm.., kalau  difikir  balik  tiada  apa  yang  mustahil.
Mereka anak  orang  berada. Salma  sendiri memakai  kereta  import.

“Salma!! Kau nak  ke  mana?”

“Tak apa, kau naik  kereta abang  aku. Aku  ikut  dari  belakang  okey.”

“Tapi??”

“Jangan  risau, saya  tak  makan  orang. Jom..,”

Aku  hanya  tersenyum pahit. Kakiku melangkah dalam  terpaksa. Di dalam  hati, aku 
sudah  menyumpah seranah. Salma  tidak  patut tinggalkan  aku  bersama  abangnya.


‘Minah  ni memang  nak  kena tau.’

“Jemputlah  naik, maaf  kereta kotor sikit. Maklumlah  kereta  orang bujang  bersepah 

sikit.”


Aku  memandang  sekeliling. Tiada  apa  yang  kotor. Malah aku berasa  kagum.
Keretanya  sangat  bersih. mungkin dia  malu  dan merendah  diri.

“Kita  ke Jusco boleh?”

Aku  cuma  mengangguk.

“Awak  selalu ke  sana  dengan  Salma ke?” ucap  Isam setelah lama menyepi.

“Tak  adalah selalu. Kami  jarang-jarang ke sana,” aku  mula  berbohong.

Kenapa  dia  bertanya  seperti  itu? Salma ada  menceritakan apa-apa ke? Ish..,Salma.
Kenapa  tak  beri  warning? Kalau sampai  aku  salah  cakap. Tak pasal-pasal, aku  di cap
penipu.

“Okey, kita  dah  sampai.”

Sewaktu  turun dari  kereta. Aku mencari  bayang Salma. Namun hampa. Entah ke mana
dia  pergi. Aku  pun  tak  tahu.

“Cari  Salma  ke?Dia  ada, mungkin  cari  parker.”

“Mungkin kot.”

“Kenapa  awak  cakap macam  tu?”

“Tak ada  apa,” aku  berkata  sambil  menjungkit  bahu.

“Adik, abang  kat  sini.”Jerit  Isam  sambil  melambaikan tangannya  kepada Salma.

Salma berlari  kea rah  kami  sebaik  mendengar  jeritan abangnya.

Sorry parkir  tak  ada. Nasib baik dapat. Tapi  jauh  sikit  dari sini,”ucap  Salma  dalam
keadaan  mengah.

“Jom abang, kita  pergi butik G2000. Biasa kalau  baju  ke pejabat Lynn selalu  beli 

disana.

Isam  memandang aku  sekilas.

“Betul ke Salma?”

“Ya betul, kenapa  tak  percaya?Kalau  abang  tak  percaya, tanya  tuan  punya  badan.”

“Betul, saya  biasa  beli  disana.”

“Baguslah. Pasti  baju  yang saya  rosak itu  awak  beli  disana.”

“Urm.., tak  lah. Baju  tempohari saya  tak  beli  di  situ.”

“Habis tu  dimana?”

“Butik  ELLE,” jawabku ringkas,

“Okey, jom kita  ke sana,” ucap  Isam sambil berjalan  menuju  muka  pintu  kompleks.

Kami  bertiga  berjalan  menuju butik pakaian yang  dimaksudkan. Sambil berjalan,
mataku melilau  melihat pelbagai  butik  pakaian  mewah. Semua pakaian mempunyai
diskaun. Kalau  aku  beli, Isam  akan  ingat aku  wanita boros  pula. Tapi  hatiku  tak
tahan  ingin  memilikinya.

‘Kenapa mesti hari  ini?Tak apa, hari  ini  aku  puasa. Esok, aku  mesti  datang  ke  sini.

Aku harus  memiliki  baju  itu.’ Tutur  ku  sendiri.

“Kita  dah  sampai. Jom, masuk.” Ucap Isam  lembut.

“Jomlah,” ajak  Salma  pula.

Aku  masih  tidak  berganjak. Otakku  melayang  buat  seketika.

Lynn, masuklah. Kenapa  tercegat  di  situ,” tutur  Isam lembut. Dahinya  sudah 

berkerut  seribu. Mungkin  hairan  dengan reaksiku.

“Entah kau  ni, masuklah  cari baju  tu. Biasa  kau  kan  ratu shopping,” ucap Salma

geram  sambil  menarik  tangan ku.

Marah  benar  aku  pada  Salma. Mentang-mentang  abang  dia  ada. Semua  pakaian 

cantik dan  mahal  ditunjukkan. Isam abangnya  hanya  memerhati  gelagat  kami  berdua.

“Eh minah, kau  ni  agak-agaklah. Depan  abang  kau,  janganlah  buat  macam tu. Nanti 

dia  fikir  apa  pula. Aku  pun  tak  mahulah  saham aku  jatuh.”

Kan  kau  memang  begitu. Suka  baju yang  cantik-cantik. Aku  rasa  cantik aku 

tunjuklah  pada  kau. Ala  nak  control  shoppinglah  tu?Jangan nak  marah  okey, lagipun

abang  aku  tu  tak  macam tu. Dia tu  baik  dan  tak  mudah  bersangka  buruk.”

“Kau  saja  yang  betul. Malas  aku  nak  layan. Dahlah  tinggalkan  aku dengan  abang

kau  tadi.”

“Okey apa? Aku  bagi peluang. Dia bukan  makan  orang pun.”

“Sedapnya dia  bercakap. Sejak  bila  kau  buka  agensi  cari  jodoh  ni?” Aku  berkata

sambil  mencari  baju  yang  di inginkan.

“Aku suka  kalau  kau  jadi  kaka  ipar  aku. Tapi  kau  janganlah bankrupt kan  abang

aku.”

“Abang  kau  pun  tak  mahu  pada  akulah.”

“Siapa  cakap? Belum cuba  belum tahu.”

“Salma, aku  dah  dapat  dah  bajunya.”

“Dah  dapat ke bajunya?” Tanya  Isam  lembut.

“ Dah, ini  bajunya,” ucapku  lembut  sambil  menghulurkan baju  itu  padanya.

Setelah  membayar  harga  pakaian, kami  bertiga  menjamu  selera  direstoran
berhampiran. Isam  mengambil  tempat berhadapan denganku. Salma  pula  mengambil 
tempat  disisi. Aku  duduk  makan  dalam  keadaan  tidak selesa. Mana  tidak, mata  Isam 
tertumpu  padaku  setiap kali  aku  menyuap makanan.Aku  malu, wajahku  sudah 
berbahang. Panas, aku tidak  suka  jika  ada  mata  memandang  tika  aku  sedang  makan.

Aku  menguis  kaki  Salma namun  tiada  respon. Mahu  atau  tidak  aku  terpaksa 
mendiamkan diri.

Lynn, awak  nampak  comel apabila sedang  makan.”Ucap Isam  sambil  meletakkan  sudu  dan  garfu.

Aku pula  sedang  menyedut  minuman, kamu  tahu?Mahu  tersembur keluar minuman ku
apabila  dia  berkata  begitu. Mata  Salma  sudah  tertumpu  padaku.

Ya ALLAH, apa  sajalah  mamat  ni. Comel!!

What??? Abang  kata  dia  comel bila  sedang  makan??Abang  ni  dah  tak  betul ya?”
Ucap  Salma  spontan  sambil  tergelak  besar.

“Betul lah adik,”

Lynn, kau  pandang aku, dan  makan.  Aku nak  tengok  tang  mana  yang  dia kata 

comel  tu?”

Aku  hanya  membuntangkan  biji  mataku. Mereka  ni  memang  dah  betul  kot. Ada ke 
comel. Pelik sungguh.

“Kau  gila ya, Salma?”

“Aku  tak  gila. Abang  aku  yang  gila kot,” ucap Salma  sambil  memandang  abangnya.

“Maaf, kalau  awak  rasa  tak  selesa. Tapi awak  memang comel. Tak apa, awak  abaikan 

saja ya. Jangan  simpan  dalam  hati.”

Huh..,apa-apa  sajalah  abang  Salma ni. Pening  kepala. Sekarang aku  dah  ada  dua 
helai  pakaian  yang  sama. ‘Urm..Lynn fikir  nak  buat  apa  dengan baju  tu.’


Satu jam  kemudian  kami  bertiga  keluar  dari  restoran  untuk pulang. Kali  ini  Salma  yang menghantarku  pulang. Isam pula  tidak  dapat  menghantarku kerana  mendapat  panggilan  penting  dari  seseorang. Aku  pula  memang  ingin  pulang  bersama  Salma, maklum  rasa  tidak  selesa  dengan  perkara tadi  masih  melekat  kukuh  di dalam  hati. Namun  sebelum  berpisah  aku  sempat  mengucapkan  terima  kasih  padanya. Isam? Isam  hanya  tersenyum  dan  tertawa  kecil. Katanya  tak  perlu  beri  ucapan  itu, Kerana  itu  adalah  kesilapannya.

“Seronok tak?”Tanya  Salma ringkas.

“Bolehlah, tapi  hati  aku  sakit  dan bengkak.”

“Sakit  dan bengkak? Abang  aku  gurau  aja  tu. Janganlah  simpan  dalam  hati.”

“Bukan  pasal  abang  kau.”

“Habis tu? Pasal  apa? Ish.., tak  faham  aku.”

“Sebab aku  tak  boleh  baju, kasut  dan  beg  baru  yang  ada  di  dalam  sana. Ada 

faham??”

“Kau  ni  tak sudah-sudah  shopping. Apa  yang  best  sangat? Mahal atau murah semua  sama. Kau  mati  ya  kalau  tak  pergi  shopping?”

“Ya  aku  akan mati  dan  gila  kalau  tak  pergi  Shopping. Kau apa  tahu? Fabrik  yang 

digunakan tu  berkualiti. Tak sama.”

“Aku  pun  pakai  juga  barang  mahal. Tapi  tak adalah  sampai  tabsub, nak  shopping  aja. Selagi  boleh  pakai,  aku  pakai.”

“Kau  tak boleh  sama kan  aku  dengan  kau.”

“Suka hati  kau  lah. Duit kau  bukan  duit aku.”

“Pandai pun. Sayang  kau. Okey  terima  kasih  sebab  hantar  aku  pulang. Hati-hati  ya.”

Ucapku  sambil  menutup  pintu  kereta.


“Assalamualaikum..”

“Waalaikumsalam..”jawab Mahani  sambil  membuka  pintu.

“Sorry, aku  lupa  bawa  kunci  rumah.”

“Kau  memang  begitu,” Ucap mahani  sambil  berlari  ke dapur.

“Kau masak  apa  tu?”

“Aku  masak mi  segera aja. Kau nak?Aku  boleh  masakan  sekali.”

“Tak apa, aku  dah  makan  tadi  dengan  Salma.”

“Apa  yang  kau  beli?” Tanya Salma  apabila  ternampak  beg  kertas ditangan.

“Tak beli. Abang  Salma  yang  beli.”

“ Ish, kau  ni  tak  malu betul. Minta  orang  belikan.”

“Bukan  aku  minta dia  belikan lah. Baju aku  rosak terkena  tumpahan  gulai tempohari. So, dia janji  nak  ganti. Sekarang  dia  dah  ganti.”

Mahani  hanya  mengangguk dan mematikan dapur  gas.

Lynn, dah  pergi  masuk. Mandi, badan pun  dah  bau kambing,” ucap Mahani  sambil  tergelak.

“Bau, kambing  tak adalah, Bohong  namanya. Okey, aku  masuk  mandi  dulu  ya  mak cik.” Ucapku  sambil  berlalu.

No comments:

Post a Comment